"Wah, dah besar Dhia sekarang ye" kata Mak Andak padaku. "A'a...dah boleh kahwin" sambung Mak Ngah pula sambil disambut gelak ketawa saudara-mara. Aku hanya tersenyum malu. Begitulah selalunya keadaan apabila kami pulang ke kampung. Yela...orang duduk bandar, bila sekali sekali balik ke kampung, banyak benda yang hendak diusiknya. "Eh, Dhia...kau tak ada pakwe ke?" tanya Kak Zu kakak saudaraku. "Mana ada kak" jawabku tersenyum. Aku tahu jawapan yang aku berikan jawapan yang biasa didengar. Kalau ada pun takkan lah nak cakap ada...ye tak?hehe..."Alah, muka macam kau takkan tak ada?" jawab Yang pula. "Betul! Takkan nak tipu pulak. Sekolah dari kecil tak pernah bersekolah dengan lelaki, semua masuk sekolah perempuan, mana ada pakwe" belaku pula. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa mereka semua susah nak percaya yang aku ni tiada buah hati. Memang betul aku tiada. Betul! Aku tak pernah terfikir pun nak cari pakwe sekarang. Sebab aku rasa aku ni macam tak pandai nak berpakwe. Cantik?Hehe...ramai yang kata begitu. Cantikkah aku? Bagiku aku ni sederhana saja. Cuma mungkin dari segi penampilan yang buatkan aku lebih menyerlah daripada saudara-maraku. Jika nak dibandingkan dengan saudara-maraku yang lain, mungkin penampilanku agak bergaya sedikit. Sebenarnya itu adalah satu kelebihan kerana aku duduk di bandar. Ini kerana aku tahu sahaja fesyen semasa.Tapi kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawanku yang lain, mereka semua lagi cantik-cantik dan pandai bergaya. Sebab tu aku tak nak ber"pakwe". Sebab aku tahu yang aku ni bukanlah cantik mana dan sedar dengan diriku ini.
Sebenarnya tujuan kami semua pulang ke kampung adalah untuk menjemput saudara-mara dan rakan-rakan serta orang kampung hadir ke majlis perkahwinan kakakku. Aku berasa sangat seronok kerana kakakku ingin berumah tangga. Nak tahu kenapa? Sebab kakakku seorang yang garang. Aku selalu dimarahi. Rumah perlu dikemas. Biliknya perlu disapu. Kalau terlupa, siaplah. Aku sebenarnya tidaklah rapat sangat dengan kakakku. Orang garangkan?Siapa berani nak dekat. Dari kecil aku selalu dipukul, dimaharhi. Tapi aku bersyukur dan berterima kasih juga kepada kakakku kerana sebab kakakku lah aku pandai mengemas rumah walaupun masih kecil. Teringat aku bila di sekolah rendah. Cikgu amat suka kalau aku menyapu sampah. Bersih. Aku pun sudah terikut dengan sikap kakakku. Bukannya garang, tapi mula menjaga kebersihan dan tak boleh tengok rumah bersepah. Tapi tidaklah sehebat kakakku. Bayangkan, jika dia balik dari kerja tengah malam, tengah malam itulah dia akan menyapu rumah, mengemop lantai dan sebagainya. Sampai hati dia puas, barulah dia tidur. Sehinggakan dia pernah dimahari dengan abangku kerana mempunyai sikap yang tidak suka orang datang ke rumah. Dia akan menghempaskan pintu biliknya jika dia melihat rumah berselerak disebabkan tetamu yang hadir. Hehe...terukkan? Sebab tulah aku suka sangat bila kakakku ingin berkahwin. Bagiku bila dia sudah berkahwin, mungkin akan berubahlah perangainya. Takkan dia ingin menunjukkan perangai sebegitu depan suaminya. Suaminya tentu akan menegur jika sikap kakakku tidak manis dipandang.
***bersambung***