Thursday, 1 December 2011

sambungan novel Sejuta Wajah Cinta m/s 2...

Di kampung...
"Wah, dah besar Dhia sekarang ye" kata Mak Andak padaku. "A'a...dah boleh kahwin" sambung Mak Ngah pula sambil disambut gelak ketawa saudara-mara. Aku hanya tersenyum malu. Begitulah selalunya keadaan apabila kami pulang ke kampung. Yela...orang duduk bandar, bila sekali sekali balik ke kampung, banyak benda yang hendak diusiknya. "Eh, Dhia...kau tak ada pakwe ke?" tanya Kak Zu kakak saudaraku. "Mana ada kak" jawabku tersenyum. Aku tahu jawapan yang aku berikan jawapan yang biasa didengar. Kalau ada pun takkan lah nak cakap ada...ye tak?hehe..."Alah, muka macam kau takkan tak ada?" jawab Yang pula. "Betul! Takkan nak tipu pulak. Sekolah dari kecil tak pernah bersekolah dengan lelaki, semua masuk sekolah perempuan, mana ada pakwe" belaku pula. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa mereka semua susah nak percaya yang aku ni tiada buah hati. Memang betul aku tiada. Betul! Aku tak pernah terfikir pun nak cari pakwe sekarang. Sebab aku rasa aku ni macam tak pandai nak berpakwe. Cantik?Hehe...ramai yang kata begitu. Cantikkah aku? Bagiku aku ni sederhana saja. Cuma mungkin dari segi penampilan yang buatkan aku lebih menyerlah daripada saudara-maraku. Jika nak dibandingkan dengan saudara-maraku yang lain, mungkin penampilanku agak bergaya sedikit. Sebenarnya itu adalah satu kelebihan kerana aku duduk di bandar. Ini kerana aku tahu sahaja fesyen semasa.Tapi kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawanku yang lain, mereka semua lagi cantik-cantik dan pandai bergaya. Sebab tu aku tak nak ber"pakwe". Sebab aku tahu yang aku ni bukanlah cantik mana dan sedar dengan diriku ini.

Sebenarnya tujuan kami semua pulang ke kampung adalah untuk menjemput saudara-mara dan rakan-rakan serta orang kampung hadir ke majlis perkahwinan kakakku. Aku berasa sangat seronok kerana kakakku ingin berumah tangga. Nak tahu kenapa? Sebab kakakku seorang yang garang. Aku selalu dimarahi. Rumah perlu dikemas. Biliknya perlu disapu. Kalau terlupa, siaplah. Aku sebenarnya tidaklah rapat sangat dengan kakakku. Orang garangkan?Siapa berani nak dekat. Dari kecil aku selalu dipukul, dimaharhi. Tapi aku bersyukur dan berterima kasih juga kepada kakakku kerana sebab kakakku lah  aku pandai mengemas rumah walaupun masih kecil. Teringat aku bila di sekolah rendah. Cikgu amat suka kalau aku menyapu sampah. Bersih. Aku pun sudah terikut dengan sikap kakakku. Bukannya garang, tapi mula menjaga kebersihan dan tak boleh tengok rumah bersepah. Tapi tidaklah sehebat kakakku. Bayangkan, jika dia balik dari kerja tengah malam, tengah malam itulah dia akan menyapu rumah, mengemop lantai dan sebagainya. Sampai hati dia puas, barulah dia tidur. Sehinggakan dia pernah dimahari dengan abangku kerana mempunyai sikap yang tidak suka orang datang ke rumah. Dia akan menghempaskan pintu biliknya jika dia melihat rumah berselerak disebabkan tetamu yang hadir. Hehe...terukkan? Sebab tulah aku suka sangat bila kakakku ingin berkahwin. Bagiku bila dia sudah berkahwin, mungkin akan berubahlah perangainya. Takkan dia ingin menunjukkan perangai sebegitu depan suaminya. Suaminya tentu akan menegur jika sikap kakakku tidak manis dipandang.

***bersambung***

Tuesday, 29 November 2011

Sejuta Wajah Cinta

S

"Dhia!Dhia!Bangun"Itulah rutin mak yang selalu mengejutkan aku untuk ke sekolah. "Ye..."sahutku. Walaupun emak masih lagi mengejutkan aku dan adik, tapi aku bersyukur kerana senang bangun pagi. Bukan seperti adikku. Selalu emak merungut bila mengejutkannya. Kadang-kadang aku yang mendengar ini pun jadi marah pada adikku. Adui...susahnya dia bangun pagi. Tak dengar ke?Bisikku dalam hati. Bila tak tahan mendengar emak membebel setiap kali mengejutkannya, aku pula yang mengambil alih. Tapi kali ni, aku kejut dengan caraku sendiri. "Dik!Dik!Bangun".Aku gerak-gerakkan ibu jari kakinya. "Erm...erm.."respond yang biasa dari adikku. "Bangunlah...kau tak kesain ke kat mak?" keluhku. Akhirnya adikku bngun juga. Itu pun bukannya bangun terus. Dia akan duduk dulu atas katil,garu sana, garu sini. Ermmm...takpela. Asalkan dah bangun.
"Mak! Dhia pergi sekolah dulu ye?"ucapku kepada emak dan abahku. "Erm...tak nak abah hantar ke?"tanya emakku. Selalunya abah akan hantar aku ke sekolah. Kadang-kadang aku malu dengan emak dan abah sebab menyusahkan mereka. Abah dan emakku berniaga, mereka akan pergi ke pasar pada waktu pagi dan keberulan bolehlah menghantar aku ke sekolah. Tapi aku rasa serba salah sebab mak telah membayarkan yuran bas sekolah. Erm...dah 16 tahun umur aku, tapi naik bas sekolah jugak. Memanglah malu, tapi siapa lagi nak hantar sebab sekolahku jauh juga. "Takpelah mak...biar Dhia naik bas je" tolakku. Boleh dikatakan dalam sebulan tak sampai tujuh kali aku naik bas. Yang lainnya semua abah yang hantar. Malu!!!
Aku duduk rumah flat. Bila nak turun tangga je, mesti aku teringat pesanan Ustazah Norehan. "Bila kita nak buat sesuatu perkara, kita kena dahulukan dengan niat yang baik, barulah berkat setiap perbuatan kita"pesanan ustazah sentiasa dalam fikiranku. Alhamdulillah...aku amalkannya. Setiap pagi nak turun tangga, aku akan berniat dalam hati. "Ya Allah...aku ke sekolah adalah untuk belajar". InsyaAllah berkat doaku.

Di tempat tunggu bas...
Aku selalu menunggu bas jauh daripada budak-budak yang lain. Bukannya aku jenis yang sombong dan tidak suka berkawan, tapi aku memang tidak mempunyai kawan yang baik pun di kawasan perumahan ini. Piiinnn...piiinnn. Erm...bas dah sampai. Selalunya aku akan menjadi orang yang terakhir naik bas. Malas nak berebut-rebut, sebab ramai sangat budak dalam bas ni. Berebut atau tidak, aku tetap kena berdiri. Stesen umah aku adalah stesen yang terakhir, jadi kebanyakkan kami memang berdiri. Hanya dua orang sahaja yang dpat duduk dalam bas ni waktu-waktu macam ni. Budak ni sebaya dengan aku. Nani dan Kat. Memang diorang ni gangster dalam bas ni. Walau penuh macamana pun bas ni, dua tempat duduk di belakang perlu dikosongkan untuk puteri-puteri ni. Erm...malas nak layan diorang. Macam budak-budak. Nani adalah rakan sekelasku, aku dengannya tidaklah begitu rapat. Dalam kelas kami jarang bertegur sapa. Kat pula hanya rakan sekolah sahaja.

Sampai sekolah...
Setibanya di sekolah, aku lihat kawan baikku tidak sampai lagi. Oh...hari ni aku lebih awal sedikit. Kalau naik dengan abah, tentu dia dah sampai dulu. Di sekolah ini, aku hanya berkawan dengan Noralin sahaja. Dialah kawan baikku dunia dan akhirat. Kami dulu bersama-sama sekolah rendah. Tapi aku tidak pernah bercakap dengannya. Sebab Alin tu budak yang pandai. Aku pula, selalu masuk kelas yang kedua. Tapi bila dah masuk sekolah menengah, kami jadi rapat sebab Alin terjerumus masuk kelas aliran akaun. Ramai kawan-kawannya yang masuk aliran Sains. Itulah yang membuatkan kami rapat. Aku pernah bertanya pada Alin, adakah sebab dia tiada kawan di aliran akaun membuatkan dia rapat denganku? Tapi Alin cakap dia memang ikhlas nak berkawan denganku. Dulu, Alin ada kumpulan. Kumpulan Mereka ini diberinama FINGERS.Hehe...biasalah budak-budak sekolah menengah. Ramai yang tubuhkan kumpulan.Tapi mereka ni pandai-pandai. Nasib Alin aje yang tak berapa baik selepas mendapat keputusan PMR hari tu. Ah...itu pun Alin. "Eh...Dhia, minggu ni kau balik kampung ke?" tanya Alin kepadaku. "Balik, kenapa?" jawabku sambil tersenyum. Aku tahu Alin mesti meluat dengan jawapanku. Yela, aku ni selalu sangat balik kampung. Bukan apa, kalau emakku  balik kampung, kami semua mestilah ikut. Nak makan apa nanti?Hehe...tapi emak memang tak percaya jika tinggalkan aku. Ntahlah...aku pun tak tahu boleh uruskan diri atau tak, sebab tak pernah ditingglkan lagi. Pendek kata tak pernah berjauhan dengan emakku. "Aku ingatkan nak study hujung minggu ni, kita kan nak exam" jelas Alin yang seakan-akan menghalang aku balik ke kampung. "Aku tahu, takpela...nanti aku study sendiri, kau janganlah risau" jawabku. Aku tahu Alin seorang yang rajin belajar dan risau tentang pelajarannya.Aku pulak yang jenis cool, dan suka study bersendirian. Tapi aku tak pernah beritahu Alin tentang itu semua. Bukannya aku tidak risau akan pelajaran, malah aku ni teramatlah risau. Yela, orang tak pandaikan. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku boleh 'potong' Alin dalam exam. Aku tahu dia tak kisah dan suka dengan pencapaianku. Alhamdulillah.

#bersambung#





Sunday, 27 November 2011

Kali Pertama

Novel ini adalah hasil ciptaan saya berdasarkan pengalaman dan idea sendiri...terima kasih kepada yang sudi membacanya...harap anda boleh memberi sedikit komen berdasarkan novel pertama saya ini...