Tuesday, 29 November 2011

Sejuta Wajah Cinta

S

"Dhia!Dhia!Bangun"Itulah rutin mak yang selalu mengejutkan aku untuk ke sekolah. "Ye..."sahutku. Walaupun emak masih lagi mengejutkan aku dan adik, tapi aku bersyukur kerana senang bangun pagi. Bukan seperti adikku. Selalu emak merungut bila mengejutkannya. Kadang-kadang aku yang mendengar ini pun jadi marah pada adikku. Adui...susahnya dia bangun pagi. Tak dengar ke?Bisikku dalam hati. Bila tak tahan mendengar emak membebel setiap kali mengejutkannya, aku pula yang mengambil alih. Tapi kali ni, aku kejut dengan caraku sendiri. "Dik!Dik!Bangun".Aku gerak-gerakkan ibu jari kakinya. "Erm...erm.."respond yang biasa dari adikku. "Bangunlah...kau tak kesain ke kat mak?" keluhku. Akhirnya adikku bngun juga. Itu pun bukannya bangun terus. Dia akan duduk dulu atas katil,garu sana, garu sini. Ermmm...takpela. Asalkan dah bangun.
"Mak! Dhia pergi sekolah dulu ye?"ucapku kepada emak dan abahku. "Erm...tak nak abah hantar ke?"tanya emakku. Selalunya abah akan hantar aku ke sekolah. Kadang-kadang aku malu dengan emak dan abah sebab menyusahkan mereka. Abah dan emakku berniaga, mereka akan pergi ke pasar pada waktu pagi dan keberulan bolehlah menghantar aku ke sekolah. Tapi aku rasa serba salah sebab mak telah membayarkan yuran bas sekolah. Erm...dah 16 tahun umur aku, tapi naik bas sekolah jugak. Memanglah malu, tapi siapa lagi nak hantar sebab sekolahku jauh juga. "Takpelah mak...biar Dhia naik bas je" tolakku. Boleh dikatakan dalam sebulan tak sampai tujuh kali aku naik bas. Yang lainnya semua abah yang hantar. Malu!!!
Aku duduk rumah flat. Bila nak turun tangga je, mesti aku teringat pesanan Ustazah Norehan. "Bila kita nak buat sesuatu perkara, kita kena dahulukan dengan niat yang baik, barulah berkat setiap perbuatan kita"pesanan ustazah sentiasa dalam fikiranku. Alhamdulillah...aku amalkannya. Setiap pagi nak turun tangga, aku akan berniat dalam hati. "Ya Allah...aku ke sekolah adalah untuk belajar". InsyaAllah berkat doaku.

Di tempat tunggu bas...
Aku selalu menunggu bas jauh daripada budak-budak yang lain. Bukannya aku jenis yang sombong dan tidak suka berkawan, tapi aku memang tidak mempunyai kawan yang baik pun di kawasan perumahan ini. Piiinnn...piiinnn. Erm...bas dah sampai. Selalunya aku akan menjadi orang yang terakhir naik bas. Malas nak berebut-rebut, sebab ramai sangat budak dalam bas ni. Berebut atau tidak, aku tetap kena berdiri. Stesen umah aku adalah stesen yang terakhir, jadi kebanyakkan kami memang berdiri. Hanya dua orang sahaja yang dpat duduk dalam bas ni waktu-waktu macam ni. Budak ni sebaya dengan aku. Nani dan Kat. Memang diorang ni gangster dalam bas ni. Walau penuh macamana pun bas ni, dua tempat duduk di belakang perlu dikosongkan untuk puteri-puteri ni. Erm...malas nak layan diorang. Macam budak-budak. Nani adalah rakan sekelasku, aku dengannya tidaklah begitu rapat. Dalam kelas kami jarang bertegur sapa. Kat pula hanya rakan sekolah sahaja.

Sampai sekolah...
Setibanya di sekolah, aku lihat kawan baikku tidak sampai lagi. Oh...hari ni aku lebih awal sedikit. Kalau naik dengan abah, tentu dia dah sampai dulu. Di sekolah ini, aku hanya berkawan dengan Noralin sahaja. Dialah kawan baikku dunia dan akhirat. Kami dulu bersama-sama sekolah rendah. Tapi aku tidak pernah bercakap dengannya. Sebab Alin tu budak yang pandai. Aku pula, selalu masuk kelas yang kedua. Tapi bila dah masuk sekolah menengah, kami jadi rapat sebab Alin terjerumus masuk kelas aliran akaun. Ramai kawan-kawannya yang masuk aliran Sains. Itulah yang membuatkan kami rapat. Aku pernah bertanya pada Alin, adakah sebab dia tiada kawan di aliran akaun membuatkan dia rapat denganku? Tapi Alin cakap dia memang ikhlas nak berkawan denganku. Dulu, Alin ada kumpulan. Kumpulan Mereka ini diberinama FINGERS.Hehe...biasalah budak-budak sekolah menengah. Ramai yang tubuhkan kumpulan.Tapi mereka ni pandai-pandai. Nasib Alin aje yang tak berapa baik selepas mendapat keputusan PMR hari tu. Ah...itu pun Alin. "Eh...Dhia, minggu ni kau balik kampung ke?" tanya Alin kepadaku. "Balik, kenapa?" jawabku sambil tersenyum. Aku tahu Alin mesti meluat dengan jawapanku. Yela, aku ni selalu sangat balik kampung. Bukan apa, kalau emakku  balik kampung, kami semua mestilah ikut. Nak makan apa nanti?Hehe...tapi emak memang tak percaya jika tinggalkan aku. Ntahlah...aku pun tak tahu boleh uruskan diri atau tak, sebab tak pernah ditingglkan lagi. Pendek kata tak pernah berjauhan dengan emakku. "Aku ingatkan nak study hujung minggu ni, kita kan nak exam" jelas Alin yang seakan-akan menghalang aku balik ke kampung. "Aku tahu, takpela...nanti aku study sendiri, kau janganlah risau" jawabku. Aku tahu Alin seorang yang rajin belajar dan risau tentang pelajarannya.Aku pulak yang jenis cool, dan suka study bersendirian. Tapi aku tak pernah beritahu Alin tentang itu semua. Bukannya aku tidak risau akan pelajaran, malah aku ni teramatlah risau. Yela, orang tak pandaikan. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku boleh 'potong' Alin dalam exam. Aku tahu dia tak kisah dan suka dengan pencapaianku. Alhamdulillah.

#bersambung#





Sunday, 27 November 2011

Kali Pertama

Novel ini adalah hasil ciptaan saya berdasarkan pengalaman dan idea sendiri...terima kasih kepada yang sudi membacanya...harap anda boleh memberi sedikit komen berdasarkan novel pertama saya ini...